Check Your SSM New Company Registration Number Format
The Companies Commission of Malaysia (SSM) has introduced
new format of registration number containing 12 digit characters for company,
business and Limited Liability Partnership beginning 11 October 2019.
Please click on the
link below to check
your new company registration number:
This new registration number format will replace the
existing company
registration number of all companies at a date to be announced by SSM
later.
Name: THE EDGE COMMUNICATIONS SDN. BHD.
Registration Number: 199301012242 (266980-X)
Registration Number: 199301012242 (266980-X)
During this transition period, the existing registration
number will be displayed along with the new format as shown above.
Highlight
of SSM’s announcement:
For your information, existing registration numbers can still be used in conjunction with the new format of numbers for a period of time that will be notified later. Business owners also do not need to make changes to official letters, invoices, signage and other documents until SSM announces the enforcement date of using only one number format. However, the use of new format for registration numbers is encouraged.
FULL PRESS RELEASE BY SSM:
SSM Memperkenalkan Format Baharu Nombor Pendaftaran
Kuala Lumpur, 7 Oktober 2019 – Suruhanjaya Syarikat
Malaysia (SSM) akan memperkenalkan format baharu nombor pendaftaran bagi entiti
perniagaan yang berdaftar dengannya bermula 11 Oktober 2019.
Format baharu ini diperkenalkan bagi menggantikan nombor
pendaftaran syarikat, perniagaan dan perkongsian liabiliti terhad sedia
ada. Ini selaras dengan inisiatif kerajaan untuk menggunakan satu format
pendaftaran tunggal bagi entiti perniagaan di Malaysia di bawah Pelan Induk
Perusahaan Kecil dan Sederhana 2012 hingga 2020.
Salah satu program di bawah pelan induk ini adalah Program
Berimpak Tinggi Perusahaan Kecil dan Sederhana (SME HIP 1) yang diterajui oleh
Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU).
Selain SSM, pelaksanaan format baharu nombor pendaftaran ini
turut melibatkan badan-badan pendaftar lain yang mengeluarkan nombor
pendaftaran entiti perniagaan.
Format baharu nombor pendaftaran entiti perniagaan SSM ini
mengandungi 12 digit. Pelaksanaan format baharu ini dijangka akan memudahkan
pengurusan data dan pembangunan sistem kerana ia merupakan satu format nombor
yang menepati piawaian bagi kesemua jenis entiti perniagaan.
Bagi syarikat, perniagaan dan perkongsian liabiliti terhad
yang didaftarkan pada dan selepas pelaksanaan format baharu, SSM akan
memperuntukan dua (2) format nombor (iaitu format lama dan baharu) seperti
contoh berikut:
Nama: AMS Setia Jaya Sdn. Bhd.
No. Pendaftaran : 201901000005 (1312525-A)
No. Pendaftaran : 201901000005 (1312525-A)
Format nombor baharu ini mengandungi empat nombor pertama
menunjukkan tahun entiti perniagaan tersebut diperbadankan, dua nombor
berikutnya menunjukkan jenis entiti perniagaan dan enam nombor berikutnya menunjukkan
turutan nombor (running number) entiti perniagaan tersebut.
Jenis entiti perniagaan dikelaskan dengan nombor 01 untuk
syarikat tempatan, 02 untuk syarikat asing, 03 untuk perniagaan, 04 untuk
perkongsian liabiliti terhad tempatan, 05 untuk perkongsian liabiliti terhad
asing dan 06 untuk perkongsian liabiliti terhad amalan profesional.
Untuk makluman, nombor pendaftaran sedia ada masih boleh
digunakan bersama dengan format baharu nombor untuk satu tempoh masa yang akan
dimaklumkan kemudian. Pemilik perniagaan juga tidak perlu membuat perubahan
pada surat rasmi, invois, papan tanda dan cetakan lain-lain dokumen sehingga
SSM memaklumkan tarikh penguatkuasaan penggunaan satu format nombor sahaja.
Namun begitu, penggunaan format baharu nombor pendaftaran adalah digalakkan.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pusat Panggilan SSM di
talian 03-77214000 atau emel ke enquiry@ssm.com.my
Read also: SSM Company in malaysia

Comments
Post a Comment